Wednesday, July 4, 2007

Matlamat Dan Objektif

MATLAMAT

Kurikulum Ekonomi Asas bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas ekonomi di samping memupuk nilai-nilai murni dan semangat patriotik supaya mereka dapat menyedari dan memahami masalah ekonomi, menghargai sumbangan daripada segala kegiatan ekonomi serta menyelesaikan masalah kehidupan dengan berkesan dan bertanggungjawab.
OBJEKTIF
Kurikulum Ekonomi Asas bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut :
  1. Memahami konsep dan prinsip asas ekonomi.
  2. Menghubungkait konsep dan prinsip asas ekonomi dengan kehidupan seharian.
  3. Mengenal pasti dan prihatin terhadap masalah dan isu ekonomi semasa.
  4. Memupuk dan mengembangkan minat serta sikap ingin tahu terhadap fenomena ekonomi.
  5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari supaya dapat berperanan sebagai pengguna, pengeluar, ahli masyarakat dan warganegara yang bijak, rasional dan bertanggungjawab.
  6. Mengamalkan dan menghayati nilai-nilai sosial dan ekonomi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

No comments: