Wednesday, July 4, 2007

ORGANISASI KURIKULUM

Kurikulum Ekonomi Asas digubal dalam bentuk yang mudah difahami oleh murid sesuai dengan umur dan kemampuan intelek mereka. Justeru,tumpuan adalah diberi kepada pengetahuan dan pemahaman konsep serta prinsip asas ekonomi yang ada aplikasi secara langsung dalam kehidupan seharian. Dalam mengkaji masalah ekonomi, analisis yang paling asas diberi penekanan.

Kandungan kurikulum ini dimulakan dengan pendedahan kepada murid tentang masalah ekonomi dan hubungannya dengan aktiviti-aktiviti individu, khususnya dalam aspek-aspek pendapatan, perbelanjaan, tabungan, pinjaman dan pelaburan. Aktiviti individu ini dapat memberi pemahaman dan panduan kepada murid untuk memainkan peranannya sebagai pengguna dan pengeluar yang bijak serta bertanggungjawab.

Konsep pengguna dan pengeluar adalah barkait rapat dengan konsep isi rumah dan firma yang menjadi tumpuan kedua dalam susunan kandungan sukatan pelajaran ini. Murid diperkenalkan kepada konsep permintaan dan penawaran serta interaksi dan hubungan antara kedua-duanya dalam pasaran. Tumpuan juga diberikan kepada peranan wang dan institusi kewangan kerana segala kegiatan ekonomi pada masa kini menggunakan wang dan kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengannya.

Seterusnya murid didedahkan kepada struktur ekonomi dan belanjawan negara Malaysia serta perdagangan antarabangsa. Dengan demikian murid memahami dan menghargai pertumbuhan serta kemajuan ekonomi negara Malaysia.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, nilai-nilai murni disepadukan secara langsung dan tidak langsung. Pendekatan yang diguna seharusnya dapat menggalakkan murid menguasai pelbagai kemahiran pembelajaran dan kemahiran generik yang berteraskan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, khususnya yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi sesuai dengan pendidikan alaf baru. Kebijaksanaan dan kreativiti guru amat perlu untuk menggalakkan murid menggunakan potensi kecerdasan pelbagai mereka secara optimum.

Pelaksanaan kurikulum Ekonomi Asas mampu melahirkan insan yang berilmu dan dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan untuk diri sendiri, masyarakat dan negara serta dapat membina warganegara yang seimbang yang dapat hidup secara aman dan harmonis.

Topik Tingkatan 4 dan Tingkatan 5


TINGKATAN 4:


1.0 Pengenalan kepada ekonomi

1.1 Pengertian ekonomi

a. Masalah Ekonomi

b. Jenis barang

1.2 Masalah asas Ekonomi

1.3 Sistem ekonomi dan penyelesaian masalah asas ekonomi

2.0 Pendapatan dan Penggunaan Pendapatan Individu

2.1 Pemilihan pekerjaan

2.2 Pendapatan individu

2.3 Pendapatan boleh guna

2.4 Penggunaan Pendapatan Boleh Guna

a. Keperluan dan kehendak

b. Belanjawan peribadi

c. Konsep tabungan, pinjaman dan pelaburan

3.0 Isi Rumah sebagai Pengguna

3.1 Isi rumah

a. Pengertian isi rumah

b. Objektif penggunaan isi rumah

3.2 Permintaan

a. Konsep permintaan

b. Penentu permintaan

c. Konsep Keanjalan harga permintaan

4.0 Firma sebagai Pengeluar

4.1 Firma dan Pengeluaran

a. Pengertian firma

b. Pengeluaran

c. Kos Pengeluaran

4.2 Penawaran

a. Konsep penawaran

b. Penentu penawaran

c. Konsep keanjalan harga penawaran

5.0 Pasaran

5.1 Konsep Pasaran

5.2 Pasaran barangan

a. Permintaan pasaran

b. Penawaran Pasaran

c. Keseimbangan pasaran

5.3 Pasaran faktor

5.4 Aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi dua sektor

TINGKATAN 5 :

6.0 Wang dan Institusi Kewangan

6.1 Wang

a. Pengertian wang

b. Fungsi wang

6.2 Bank

a. Jenis-jenis bank

b. Fungsi bank perdagangan

c. Fungsi bank pusat

6.3 Institusi kewangan bukan bank

a. Jenis institusi kewangan bukan bank

b. Fungsi institusi kewangan bukan bank

7.0 Ekonomi Malaysia

7.1 Struktur ekonomi negara

a. Sektor ekonomi negara

b. Masalah pergantungan ekonomi kepada sektor utama

c. Perubahan struktur ekonomi negara

7.2 Belanjawan negara

a. Sumber hasil kerajaan

b. Perbelanjaan kerajaan

c. Tujuan belanjawan negara

d. Hutang negara

8.0 Hubungan Ekonomi Antarabangsa

8.1 Perdagangan antarabangsa

a. Pengenalan kepada perdagangan antarabangsa

b. Imbangan dagangan

c. Imbangan Pembayaran

d. Sekatan perdagangan antarabangsa

8.2 Pertukaran asing

a. Pengenalan kepada pertukaran asing

b. Kadar pertukaran asing

c. Kesan perubahan kadar pertukaran asing

Matlamat Dan Objektif

MATLAMAT

Kurikulum Ekonomi Asas bertujuan membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas ekonomi di samping memupuk nilai-nilai murni dan semangat patriotik supaya mereka dapat menyedari dan memahami masalah ekonomi, menghargai sumbangan daripada segala kegiatan ekonomi serta menyelesaikan masalah kehidupan dengan berkesan dan bertanggungjawab.
OBJEKTIF
Kurikulum Ekonomi Asas bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut :
  1. Memahami konsep dan prinsip asas ekonomi.
  2. Menghubungkait konsep dan prinsip asas ekonomi dengan kehidupan seharian.
  3. Mengenal pasti dan prihatin terhadap masalah dan isu ekonomi semasa.
  4. Memupuk dan mengembangkan minat serta sikap ingin tahu terhadap fenomena ekonomi.
  5. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari supaya dapat berperanan sebagai pengguna, pengeluar, ahli masyarakat dan warganegara yang bijak, rasional dan bertanggungjawab.
  6. Mengamalkan dan menghayati nilai-nilai sosial dan ekonomi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab untuk kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Biodata Ketua Panitia



  1. Nama : Siti Azemah binti Shaari

  2. Tarikh Lahir : 30 Ogos 1968

  3. Kelulusan Akademik :
    1. Diploma Pengajian Bank (UITM)
    2. Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (UUM)

  4. Kelulusan Ikhtisas :
    1. KPLI (Maktab Perguruan Teknik, Cheras)

  5. Matapelajaran : Ekonomi Asas, Perdagangan dan Kemahiran Hidup Bersepadu (PK)

  6. Tempoh Berkhidmat : 11 tahun

  7. Tempoh Berkhidmat di sekolah sekarang : 10 tahun

  8. Alamat Rumah :
    No. 7, Jalan 1/7, Bandar Rinching, Seksyen 1,
    43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan.